Monday, February 4, 2013

|Gadis Pashmina 008 - AnakGajah|

Kiri - Gemuk
Kanan - Gemuks

Me belah kanan - Gemuk Ya rabbi. Berat jejak 95 kg time ni. No kidding guys. Makan cam gorila. Takde senam. Apa ada depan mata semua ngap. Guane nak kurus. 

Me belah kiri - Start jaga makan. Start healthy diet. Start pi gym. Turun sampai 78 kg. No kidding. Takde makan supplement ubat mahal, dah serik habis duet. Rahsia dia jaga makan + senam. Insyallah bleh kurus. Cuma lambat la. Takpe. Cam cite kekure ngan arnab. Last last kekure menang gak.

Ini baru intro, ti me cite lagi pasal journey nak kurus ni. Long way to go >,<

|Gadis Pashima 007 - Note 2|

New Lovers in da house. Welcome Home Galaxy Note 2. Can I name you My Geun Suk? Oh yeah. Don't worry. Me still tak let go En Berry, sayang weh En Berry. Tu first love. Just tambah aset baru saja. Kehkehkeh.

My Geun Suk

|Gadis Pashmina 006 - Farewell|

Farewell post to my good friend during GEMS. Everybody loves him even my mom like him. He decided to back to his home town at Labuan after 9 years at Peninsular Malaysia. All da best in your future Yusafa. Glad to know you. Until we meet again. Adios :(

Yus in the red~

Friday, February 1, 2013

|Gadis Pashmina 005 - Menyesal|

"Menyesal ku akui, tak terima cintamu..Dan kini engkau pergi meninggalkan diriku"

Oh yeah, tema kita hari ini adalah menyesal. Pernah tak kita rasa menyesal lepas buat satu satu keputusan? Pada mulanya kita tak menyesal tapi lepas tu kita menyesal. Or kita menyesal pada awalnya tapi lama - lama kita sedar yang itulah keputusan terbaek yang dilakukan.

Pada aku, lepas kita dah nekad buat keputusan, kita jangan pernah sesal ngan apa yang terjadi. Jangan sesekali toleh belakang atas keputusan yang kita buat sebab kita perlu ingat semua benda yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Everything only happen with a reason. Sama ada kita cepat atau lambat ketahui hikmahnya je.

Jangan pernah sesal jumpa orang yang salah dalah hidup kita. Sebab orang yang salah tu telah ajar kita untuk jadi lebih tabah dan membuatkan kita bersedia untuk orang yang betul.

Jangan pernah sesal sebab kena reject, sebab kalau tak direject kita takkan faham makna menghargai.

Pada aku tak kisahlah kalau kita dah fikir masak - masak atau hangus - hangus atau berfikir terburu buru semasa buat keputusan. Once kepeutusan dah dibuat, jangan pernah toleh belakang lagi. Jangan pernah menyesal. Sebab menyesal akan buat kita depressed, kecewa dan mempertikaikan takdir.

Memang ada certain keputusan yang kita buat bukan yang terbaik. Kadang kala kita jugak buat keputusan yang salah dalam hidup. Sebab kita manusia biasa. Tak sempurna. Tak kisahlah buruk mana keputusan yang kita buat, bagi aku kita kena yakin terhadap diri kita. Jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Dan mungkin kita perlu buangkan perkataan sesal dalam hidup kita untuk hidup yang lebih bahagia.

Kalau tanya aku, aku banyak buat keputusan yang bodoh, tak matang dan menyakitkan hati orang lain. Dulu ya aku memang suka salahkan orang atas keputusan yang aku buat, and tak habis habis cakap menyesallah aku buat....Tapi sekarang, semakin kita meningkat umur, semakin kita matang, aku dah buang perkataan sesal dalam hidup.

Biar hati sakit, biar jiwa merintih...apa yang penting, Yakinlah dengan setiap keputusan yang dah dibuat. Mungkin sekarang batin terseksa, satu hari nanti sapa tahu dari rintihan itu bisa buat kita bahagia. Pelangi takkan muncul tanpa hujan. Sama juga kebahagiaan takkan muncul tanpa ada air mata di belakangnya.

Sekian entry untuk kali ini. Till meet then :)