Monday, July 15, 2013

|Gadis Pashmina 015 - Cantik|

Cantik....

Dalam dunia ni, ada ke orang yang tak suka benda yang tak cantik? Ada? Ada?
Cam tak ada je kan. Semua pun suka benda yang cantik, manis, paling tidak pun sejuk mata memandang. 

Hehe, kenapa tetiba nak menulis pasal cantik ni? Hoho. Saja je, saja nak utarakan pendapat dari hidup seorang anak gajah yang hodoh ni. Orang cantik mungkin tak sedar hal ni tapi aku yang hodoh ni memang sangat alert about this topic. Bukan tak pernah bersyukur, bukan rasa dengki. Tapi kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Memandang rupa paras lebih dari segala-galanya. Hati budi? Campak tepi aih..yang penting CANTIK.

Oh , lagi satu. Istilah cantik kat Malaysia ni adalah 90% mengatakan yang CANTIK ITU MESTI KURUS dan juga putih.

Kekadang, hidup ni memang tak adil kan? Tapi tak pe, itu adalah salah satu ujian Allah. Tengok kita sabar tak hadapi ujian tu. Aku ni boleh dikatakan tak berapa nak sabar jugak la. Mungkin jugak sabar dah sampai had. 


Ok, back to main topic. Cantik. Untung bagi mereka yang cantik semulajadi ni. Banyak privilege yang dorang dapat berbanding orang yang tak cantik ni. Biarpun ada yang mengatakan itu semua duniawi sahaja, bukan akhirat..Tapi bagi aku kita still hidup kat dunia kan? Yes, akhirat memang destinasi kita tapi kita still perlu hidup kat dunia ni. Dalam Islam pun cakap kita kena kejar dua-dua, kejarlah akhirat tanpa tinggalkan dunia. Oleh sebab tu, time hidup kat dunia ni kita nak jugak rasa nikmat hidup di dunia ni macam mana. Okeh, aku dah semakin merapu. Cut off.

Secara jujur, selama hidup 25 tahun ni aku tak pernah pun cantik. Syukur walaupun tak cantik sempurna, tak ada yang cacat mana-mana. Selama 25 tahun ni jugak aku dah rasa betapa orang-orang di Malaysia ni selalu mendiskriminasikan orang yang tak cantik, seperti orang yang tak cantik ni tak ada hati, tak ada perasaan. Tak cantik tak bermakna kita orang yang tak cantik ni boleh dihina, boleh diherdik, boleh dimaki atau boleh dicerca sesuka hati. Setabah mana kami golongan yang tak cantik ni hadap kejian dan umpatan dekat kami, jauh dalam sudut hati rasa sedih tu tetap ada.

Bukannya aku mintak dilayan macam tuan puteri, sumpah tak pernah terfikir pun sampai tahap macam tu. Tapi, cukuplah orang-orang disekeliling treat aku macam orang biasa, tak ada diskriminasi, tak ada kutukan. Tu pun dah cukup sangat-sangat.

Situasi begini sering berlaku, tapi mungkin kita tak sedar. Ambil contoh, ada dua orang perempuan yang berperangai hodoh. satu cantik, satu lagi tak cantik.

Situasi 1: Cantik & Berperangai Hodoh
Haha, spesis ni walaupun dia berperangai hodoh tapi masyarakat masih boleh terima. Walaupun perangai tak cantik, janji muka cantik. Selalu je aku dengar, takpe..lama-lama dia berubah la tu. Kita kasi la dia masa. Lama - Lama dia berubah la tu. Spesis macam ni pun ramai je nak buat bini. Yang penting cantik, perangai tu boleh diubah selepas kahwin, katanya. Konklusi, spesis yang cantik dan berperangai hodoh ni tetap di terima masyarakat.

Situasi 2: Hodoh & Berperangai Hodoh
Ok, yang ini paling kesian. Tak ada orang boleh terima. Dah lah muka hodoh, perangai pun hodoh. Apa yang tinggal, non hado. Kalau yang muka cantik tapi perangai hodoh tu diberi peluang untuk berubah perangai, tapi spesis ni langsung tak diberi peluang. Katanya dah hodoh, perangai hodoh..baik pi mati jelah. Padahal kalau yang cantik perangai hodoh tu sanggup tunggu untuk berubah jadi perangai semenggah. Memang rasa sedih kalau termasuk dalam spesis ni. Kalau nak kawin pun susah, semua pun tak nak. Padahal, perangai boleh berubah kan? Tapi sebab apa tak dipilih, bukan sebab perangai hodoh tapi muka yang tak cantik.

After all, cantik juga yang dilihat. Ada bakat, pandai kadang-kala pun diketepikan kalau muka tak cantik. meh review Malaysian Idol, Akademi Fantasi. Suara yang sedap macam Bob, Dina, Idayu Af, Sahri tu takde pun orang pandang. Nak vote pun korang taknak. Tapi yang suara tak sedap, even can't sing tu (tak nak sebut nama, cari sendiri) tinggi pulak votenya. Padahal menyanyi nak terngok suara kan. Bukannya rupa. Sapa-sapa pernah tengok cerita 200 pounds of beauty pun sama. Perempuan Hanna tu suara sedap tapi sebab muka dia non hado dan gemuk, dia cuma jadi suara latar belakang jer kot. Dia nyanyi tapi orang lain miming. Padahal perempuan yang guna suara dia si Ammy tu suara memang kelaut. Tak reti nyanyi langsung, tapi tetap dia yang dipilih sebab dia cantik.

Dalam bab lakonan pun sama jugak...Kat Malaysia ni mostly heroin cantik-cantik. Yang tak cantik tahap jadi pelakon extra je lah. Kalau yang tak cantik jadi heroin alamat jadi stok bahan kutuk bertahun je lah. Tak macam kat Hollywood, walaupun muka tak cantik, mereka still boleh jadi heroin dan cerita tetap box office. Sebab kat sana orang tengok bakat, bukan rupa. Kat Malaysia ni orang akan tengok rupa dulu, baru bakat. Haish, sedih sungguh. Tapi nak buat macam mana, memang orang Malaysia memandang rupa. 

Kalau tengok dari bab politik kerja pun sama. Mana-mana lelaki pun samalah. Lelaki Melayu ke, Cina ke, India ke tetap sama dok suka yang cantik je. Padahal si cantik kat tempat kerja ni memang tak reti buat kerja pun, kemain dipujinya yang sicantik ni pandai buat kerja. Kalau si cantik ni buat salah pun, apa dijawab..Biasalah, mana ada orang yang perfect. Kita kasi dia peluang. Cuba kalau yang sihodoh ni buat salah, kemain lagi diamrahnya..Kata tak pandai buat kerja bagai. Walau talente mana si hodoh ni, takde makna dipujinya. Apa dikata, alaaa, kerja tu semua orang boleh buat. Cuba kalau yang si cantik ni pujuk bos sikit, kau terus cair. Jangan nak menyangkal fakta ni..kebanyakan macam tu. Cer tengok kalau pi interview pun, antara 2 orang yang hadir interview...sorang cantik, sorang lagi hodoh. Tahap education sama , skill sama. Sapa yang dipilih? Si cantik juga.

Kalau bab nak pilih jodoh, pun sama. Dari 100 lelaki yang aku jumpa, 90 orang nak bini cantik. Tak kisah perangai tak berapa nak cantik, janji cantik. Takpe, perangai boleh dibentuk lepas kahwin. Tu diaaaa. Kalau lelaki handsome yang nak bini cantik aku tak kisah sangat sebab they deserve it, Ni yang muka tahap jambatan roboh pun nak yang cantik jugak. Katanya tak salah memilih, jangan tersalah pilih. Yang tak cantik ni apa nasib? Tak ada pilihan. Kena berebut 10 orang dari 100 lelaki yang tak memilih rupa ni. Memang jodoh dah ditentukan Allah dari Loh Mahfuz, tapi benda ni cam selalu sangat dilihat kat Malaysia. Lagi satu, kalau lelaki tak handsome kahwin dengan perempuan cantik, takde pun yang mengeji. Memuji adalah. Kata : "Bro, camne lu dapat bini cantik..Untunglah lu". And perempuan cantik tu pun akan dipuji "Bagus perempuan ni, dah lah cantik, tak memilih pun and kahwin lelaki yang biasa-biasa je". Cuba kalau perempuan tak cantik yang kahwin denga lelaki handsome, mampuslah jadi isu besar punyeeeeeee. Apsal lelaki handsome tu bodoh ke bangang nak pilih yang tak cantik tu jadi bini. Padahal banyak lagi yang cantik. And ada gak perempuan cantik ni dicop tak sedar diri, muka hodoh ada hati nak kahwin dengan lelaki handsome.

Ada orang cakap dengan aku, buat apa nak ambil peduli orang lain cakap. Yess, memang aku tak ambil peduli. Tapi kan akak-akak, adik-adik, makcik-makcik..Kita ni duduk dalam society. Bukan kita duduk sensorang dalam hutan tak campur orang, kawan dengan zirafah. Ye, sekali dua mungkin tak kisah. Kalau dah hari-hari jadi makanan dok keni cerca sebab tak cantik boleh tahan ke? Besi kalau panaskan hari-hari pun boleh cair. Batu yang keras kalau dititis air hari-hari pun boleh sompek. Inikan pulak hati orang. Setiap hari kena ejek, perli, cerca..lama-lama makan dalam jugak. Sesiapa yang tak pernah dikeji tu bolehlah cakap alaa, sabarlah. Dorang bergurau je, Cer kalau diri sendiri kena, nak tengok berapa hari berapa malam dok meroyan tak henti-henti.

Aku ni bukan asyik tengok dari aspek negatif...Tapi, selama ni kita asyik didendangkan dengan perkara positif. Sekali-sekala kita kena tengok hidup dari aspek negatif. Muhasabah mana perlu. Hidup tak selalu indah, langit pun tak selalu cerah kan. So, apa kata tengok hidup dari aspek negatif pulak kan.

Plus, orang cantik ni kalau beli barang selalu dapat murah, barang free. Rezeki orang cantik kan. Murah rezeki...Kalau dari sudut blogging plak, selalu blogger yang cantik ni selalu je orang suka, minat baca..Walau kadang-kadang takde isu menarik pun. Tu sebab dia cantik maka ramailah followernya. Walaupun kekadang hanya upload gambar mata baru bangun tido, tu dia komen sampai riban-riban. 

Haha, dah la.cukup sampai sini. Makin menulis makin banyak plak carutan yang mungkin akan keluar. Jadi, sekarang aku mulai faham kenapa perempuan-perempuan kat Malaysia sibuk beli produk yang putihkan kulit atau kuruskan badan. Sebab semua orang nak jadi cantik & istilah cantik di Malaysia adalah kurus dan putih.

Serius people, aku review hidup dari aspek negatif bukan sebab jeles ke apa. Tapi nak sedarkan orang yang tak sedar yang tolonglah jangan asyik tengok hidup dari aspek positif je. Ayat paling tak menahan selalu dapat:

1) Sabarlah. Ni kan ujian. Nak buat camna. Kau sabar ea.
2) Alaa, tak payahlah nak childish sangat dok ungkit cerita lama. Kau kan dah cantik. No hal la kan.
3) Eh, tak semua tau orang tengok rupa, tengok hati budi jugak.

Hehe, 3 ayat diatas tu sangat cliche didendangkan kat telinga aku. yang cakap tu semua spesis yang cantik je. Tak pernah pulak aku dengar ayat-ayat diatas diucapkan dari spesis yang tak cantik. Untung korang, cantik, tak perlu nak hadap penghinaan macam orang tak cantik ni. Kitorang tak mintak pun korang bersimpati ke apa, tapi tak payah la kot cakap ayat - ayat di atas tu. Serius tak membantu. Buat sakit hati ada. Unless korang boleh kasi solution yang membantu, yes,dialu-alukan.

And one more, blog aku memang bukan untuk sedapkan hati orang. Ni lebih kepada luahan perasaan orang-orang malang, orang-orang tak cantik dan sewaktu dengannya. Rasa banyak lagi blog lain yang ceritakan keindahan hidup, mostly yang indah je. So, xpelah, mehlah blog picisan aku ni cerita or review hidup orang yang malang pulak..Atleast, orang boleh tahu macammana hazab hidup kitorang (sometime, not all the time). Tak payah kesian ke apa, cukuplah sekadar orang tahu macam mana kehidupan kitorang yang jarang nak didedahkan ni. Ok bye, sambung carutan di next entry pulak

Thursday, July 11, 2013

|Gadis Pashmina 014 - Variety|

Hari ni topik yang cuba disampaikan adalah Variety, Kepelbagaian Dalam Hidup.

Tetibe nak mencarut pasal topik ni bukan apa, sebab aku rasa hari hari ada je orang yang gaduh kat facebook pasal topik yang tah apa-apa, tak masuk dek akal. Jenis peel kalau dia mampu buat, orang lain jugak mesti mampu buat macam dia buat. Kalau orang tak buat macam dia buat, dicopnya pemalas la, tak berusahalah, macam macam yang lainlah.

Haish. Entah, makin lama aku rasa manusia ni makin pelik. Aku pun sama jugak peliknya. Tapi meh kita ikut logik. Dari kita dalam kandungan mak masing-masing, Allah dah jadikan kita dengan DNA yang berbeza beza. Hatta kau adik beradik sekalipun, DNA kau dengan abang, kakak, adik kau tetap berbeza. Unless kau kembar seiras, maka kau mempunyai DNA yang sama dengan si kembar.

So, rasa semua orang dah tahu hatta nenek umur 80 tahun zaman sekarang ni pun boleh faham yang semua orang dilahirkan dengan gene yang berbeza. So, ko nak expect setiap orang ada perangai yang sama? Kebolehan yang sama. Okeh, ini namanya BLODYFOOL.

Kita manusia memang mempunyai fizikal yang berbeza, emosi yang berbeza, sikap yang berbeza, juga daya tahan badan yang berbeza. See, betapa indahnya kejadian ciptaan Allah. Buat semua Allah jadikan sama, sepesen kompem semua bosan. Tengok kiri benda sama, tengok kanan pun benda sama. Dok ulang buat kerja yang sama pun bosan, inikan pulak nak menghadap semua perkara sama je dalam hidup. Silap silap, statistik rumah sakit jiwa makin meningkat sebab ramai meroyan sebab bosan.

Kalau dari aspek fizikal ni aku rasa malas ah nak komen pepanjang. Memang semua orang dah boleh pikir logik kenapa kita berbeza. Ada yang cantik, ada yang handsome, ada yang kurus, ada yang gemuk. Semua pun ada. Banyak pilihan, amek jeklah mana yang berkenan.

Dari aspek sikap & pilihan, yang ini agak subjektif untik dihuraikan. Sebab setiap orang taste berbeza. Ada kata kurus tu cantik, ada plak kata kurus tu macam tiang letrik. Ada cakap gemuk tu buruk, tapi ada yang suka gemuk, sebab katanya gemuk tu comel dan sedap dipeluk, Ikut kaulah taste camne, takkan nak paksa orang lain taste macam kau, ye dak?

Tapi, berdasarkan pemerhatian aku kat fesbook yang aku pun rasa memang menyampah. Kenapa eh, kenapa? Kenapa kita selalu persoalkan orang lain. Dok sibuk apsal la mamat ni suka benar dok tukar handphone. Hari ni guna iphong, esok guna samsung, lusa guna blekberi. Tapi dia tak sedar diri yang dia pun setiap hari dok bertukar handbag. Hari ni pakai LV, esok beli channel, lusa dah guna gucci pulak. Nampak tak kat situ? Kalau orang lain buat salah, dia sorang jek ah yang betul.

Taste orang lelain. Kan dah cakap tadi, kita tak boleh paksa orang nak sama taste dengan kita. Dah kalau kau suka kaler merah, kau tak boleh nak paksa orang suka kaler merah jugak. Ada orang yang memang elergik , jaki , menyampah tengok kaler merah ni. Kau tak suka kaler biru, tapi orang tu suka kaler biru, kau tak boleh halang orang tu semua barang dia nak beli kaler dah biru. Dah dia nampak kaler biru cantik, lantak dia ah, suka hati dia. Duit dia, pilihan dia. Kita yang orang luar ni tak payah nak sesibuk.

Lagi satu bab fesyen. Haa, yang ni pun subjektif jugak. Tah bila nak ada objektif bila semua subjektif kan. Hahaahha. Ada orang suka fesyen glamorous ala mak datin, ada yang suka fesyen kusam cam gothic, ada plak fesyen pelik dah macam alien. Heh, lantaklah orang nak fesyen apa, nak fesyen singa kembang ke, zirafah dalam zoo ke lantak dia la. Dah dia berkenan hak tu kita ni sapa nak persoalkan. Serius aku dulu pun macam tu, jenis dok kutuk fesyen orang sana sini. Orang ni fesyen tak cantik lah, orang tu fesyen tak cantiklah. Tapi bila makin membesar ni, baru akal ni boleh berfungsi dengan betul untuk menilai betapa ceteknya pemikiran aku selama ni. Kita tak suka orang kutuk fesyen kita, cam tu jugaklah orang lain pun tak suka orang kutuk fesyen dia. Biar, sampai masa fesyen akan berubah sendiri. Cam aku dulu zaman sekolah habis semua benda nak kaler pink, haish sekarang nampak geli pulak nak pakai kaler pink. Dulu kemain kutuk orang guna kaler pastel ni nampak cam orang tua. Sekali umur dah jejak 25, aku pun sama suka kaler pastel. Tengok, dah balik kena diri sendiri. Kalau orang tanya mintak pendapat pasal fesyen dia, baru aku bersuara. Kalau tak aku diam je. Aku ni bukannya fashion police pun nak duk sibuk jaga hal perihal orang punya fesyen. Fesyen sendiri pun tak terjaga, sibuk nak jaga fesyen orang. Lainlah kalau aku ni (tah pe nama pengacara HOW DO I LOOK) yang chantek fashionista tu kan, sedap jugak nak membahan pesen orang. Sendiri punya fesyen pun out, dah tak payah menyibuk nak jadi pengkritik bebas dok beri pendapat tentang orang lain.

Next, meh aku kupaskan dari segi daya tahan badan. Disebabkan ni bulan Ramadhan, patutnya tak payah la nak dok gaduh or berlagak tak pun meninggi dari cakap -aku-je-yang-bagus-kau tidak. Bulan ramadhan pun nak bergaduh, CHOIIII sangat. Ni pasal aku tengok topik yang Wardina post dekat fanpage dia, pasal rukhsah untuk ibu mengandung tak berpuasa. Heh, ada satu perempuan ni amboi kak kemain berlagak kau cakap:

"BULLSHIT. I DULU PREGNANT BOLEH PUASA PENUH SIAP BOLEH PERGI TERAWIKH 20 RAKAAT LAGI"

Eh perempuan ni, awat berlagak sangat kak. Kak kena ingat, badan setiap orang tak sama. Akak kena syukur, Allah bagi akak nikmat boleh terawikh puasa penuh bulan Ramadhan. Syukur kak, jangan dikeji mereka yang tak larat. Tahap antibodi orang tak sama kak. Ada orang mengandung nak bangun pun tak larat, bukan mengada-ngada tapi dia memang tak larat. Ada orang time mengandung terlebih active sampai boleh dive bagai. Lain badan orang ni. Akak ni sapa nak bullshitkan orang. Akak ni tuhan ke yang nanti dok jadi hakim kat padang mahsyar yang tentukan hisab orang. Mulut tu jaga sikit. Memang aku menyirap je baca statement akak tu. Aku rasa dia takde hak nak cakap camtu, Nama dia aku taknak mention, kang tak pepasal dia pemes plak kang.


Haish, kita ni kalau larat buat amal ibadat lebeh, jangan dok mention. Jangan dok takbur. Jangan persoalkan kenapa orang lain tak boleh buat. Nak ajak, ajak secara berhemah. Nasihat slow slow. Kasi contoh teladan baik. Lama lama orang yang dinasihatkan tu mengikut jugak, Kalau kau mampu hari hari duha 20 rakaat, jangan dipandang rendah orang yang tak buat duha or buat duha dua rakaat. Kita tak tahu hal orang camne. Tah dia tak tahu camna buat duha ke, tah dia memang buat duha tapi tak mention kat kita. Dah sesia dapat dosa kering dok syak wasangka dekat orang. 

Lagi, variety dari segi perasaan & sensitiviti. Haip yang ni memang very-da-sensitive. Perasaan la paling susah nak handle, mudah sangat nak hancur berderai. Bab perasaan ni, i have got my lesson. Nak suruh orang jaga hati kita, kita sendiri kena jaga hati diri sendiri dan jaga hati orang lain jugak. Dah kalau kita cam mulut puaka, camna orang nak bermulut semanis kurma dengan kita? Camne camne? Perasaan orang ni lain-lain, kekadang muka je nampak senyum. Dalam hati sapa tahu. Dok best kita membahan ni with "so-called-joke" katanya, kita tahu apa orang tu rasa? Memang dia tak kisah cakap "takpe, gurau je kan" tapi dalam hati dia mungkin dia rasa itu penghinaan yang sampai mati dia tak boleh maafkan. Kalau kau jenis suka gurau, jangan harap , eh salah tolonglah jangan mimpi orang lain pun boleh terima tahap gurauan kau tu. Serius people, aku tak main-main bab ni. Tolong jangan main dengan bab hati & perasaan orang lain.

So, please. Stop compare diri sendiri dengan orang lain. Tolonglah berhenti cakap "eh, aku boleh je buat, kenapa kau tak boleh eh?" Sudah. Kalau kau mampu buat diam. Jangan dicerca orang yang tak mampu. Kalau kau nak jugak orang lain sama macam kau, ikut apa kau buat, pe kata ko pergi buat terapi DNA tukar DNA orang tu cam DNA kau? Kalau berjaya kau dah boleh dapat hadiah Nobel kot?

Tapi, aku bangga semua orang berbeza, semua orang ada variety. Baru nampak the colours of life. Bosan ah asik dunia dalam hitam & putih ni, very da tahi cicak aku rasa. Oklah Bye bye. jap lagi aku sambung carutan pasal benda lain plak. Ahha :D

Wednesday, July 10, 2013

|Gadis Pashmina 013 - Change|

Change.

Berubah. Entah . Tetiba pepagi ni tangan menggedik nak menaip pasal change. Aku tak lihat aspek berubah ni dalam konteks hidup orang lain, cukup untuk lihat dalam konteks hidup aku sendiri. Macam mana hidup aku totally berubah 360 darjah dalam masa satu tahun. Bak kata pepatah:

"SEDANGKAN PANTAI LAGIKAN BERUBAH, INIKAN PULA HATI MANUSIA"

Normal, sebagai manusia yang punya hati, yang punya perasaan untuk berubah. We can't aspect people will be the same until their last breath. Kang kalau statik camtu je takde hati takde perasaan dah bukan manusia tu, tu dah jadi robot kayu. Camtulah dari awal sampai akhir. Tak berubah.

Berdasarkan pemerhatian aku yang tak berapa nak memerhati ni, ada dua sebab manusia berubah.

1) Berubah sebab orang lain
Ok, yang ni totally selalunya tak kekal, Tak semua tapi selalunyaaa. Sebab bukan diri nak berubah tapi disuruh oleh orang lain. Contoh: Gilpreng cakap "kalau you tak kuruskan badan, kita break. I taknak kawen dengan orang gemuk macam you". Maka si boipreng ni pun gegeh la nak kurus sebab gilpreng kata kalau tak kurus nda mau kawen ngan dia. Ditakdirkan, on the way nak kurus, si gilpreng cari boifreng lain yang lagi hensem, Maka yang si boifreng ni pun give up, malas dah nak kurus. Padahal time tu dia dah hampir nak kurus. Tapi dia berhenti tengah jalan sebab takde guna dia kurus sebab gilpreng dia nak kawen dengan orang lain. So, dia balik kembali jadi gemuk.

Hurm, actually banyak kes camni berlaku. Meluatla aih nak mengomel. Ayat cliche "Aku merokok sebab gf aku tinggalkan aku" or "aku nak makan sampai kembung perut sebab bf aku ada awek lain" . Sumpah, tak melawak sungguh perkara ni memualkan aku. Motif sangat kau nak berubah sampai camtu sebab orang lain. Boleh tak sekali je dalam hidup kau, kau berubah sebab diri sendiri, bukan sebab orang lain. Tak guna nak berubah sebab orang lain, kau tak tahu apa ending kau dengan orang tu. Kita tak tahu apa jadi tengah jalan. Selalu yang dok berubah sebab orang lain ni memang lalang. Bila orang yang disuruh berubah tu hilang dari pandangan mati, back kepada asal. Spesis camni banyak. Tengok kiri tengok kanan, sekali tup ada terjadi dengan kawan rapat atau family.

2) Berubah sebab diri sendiri
Okeh, yang ini memang memerlukan semangat yang kental. Tak payah orang lain suruh, dia sendiri berubah. Contoh kalau siperokok tegar tetibe nak berhenti rokok sebab dia sendiri nak berhenti jadi naga dok hembus asap dekat orang. Sebab dia sendiri sedar yang bahayanya merokok bukan boleh buat dia mati dulu, tapi orang yang disekeliling dia mati cepat. So, before its too late dia yg nekad berhenti sendiri. Bukan sebab bini suruh berhenti. Aku memang salute tabik spring dengan spesis ni. Kau ingat senang orang nak berubah kalau benda tu dah jadi habit? Susah. Susah sangat. Banyak sangat benda yang perlu dikorbankan.



Ok , next, kalau tanya aku. Kenapa eh aku berubah. Kerat jari, 9 dari 10 kawan yang jumpa aku cakap aku dah lain sangat. Berubah 360 darjah, totally change. Dari segi fizikal dan jugak mental. Err, ayat mental macam over, I mean dari segi perangai. Ni jawapan dia:

"BECAUSE I HURT TOO MUCH"

Yea, sesungguhnya kekecewaan yang terlampau selama 25 tahun ni memang penyumbang utama aku berubah. Penat jadi gemuk. Penat kena panggil badak, sebab tu aku decide untuk berubah jadi kurus. Biarlah aku kurus cam tiang lampu, janji tak gemuk dah. Sesiapa yang tak pernah gemuk tu diam, kau tak rasa apa itu makna kejian kepada kami spesis badak ni. Tu kalau aspek fizikal la.

Dari aspek perangai, ni susah nak describe. Banyak kot faktor berubah. Kalau dulu aku memang happy go lucky, friendly tapi sekarang aku memang sombong. Tak reti dah camner nak jadi friendly. Nak menegur orang memang susah. Kalau dulu ramah tamah je aku ni. Sekarang? jangan harap. Lepas aku post mortem, aku rasa sebab perangai aku yang happy go lucky nilah buat orang take advantage kat aku. Ingat aku ni jenis huha-huha, maka aku ni takde hati dan perasaan boleh dibuat bahan kutuk, bahan kejian, bahan cacian, so called bahan gurauan katanya. Bila kasi orang rapat dengan kita, aku rasa itu macam kasi ruang untuk orang hurt aku, Sumpah, memang tulah yang terjadi dalam 25 tahun ni. Kekadang tak rapat pun ngan aku, tetibe jadi rapat sebab nak korek rahsia. Ni memang sangat chilake, Berkali kali aku kena begini. Ayat tak boleh blah: " eh, apa jadi eh ko ngan dia..ceritalah kat aku"..Ingat sincere lah nak amek tahu sekali jangan harap non hado, tu ayat coverina nak tahu rahsia and korek kelemahan aku, Pastu jaja cerita tu kat orang lain, dah dapat satu bahan gosip hangat.

Readers, aku tahu sometimes aku too much. But, sometimes, not all the time eh kekadang kita kena fikir jugak kenapa orang tu berubah sampai macam tu sekali. Kenapa orang tu jadi pedendam, kenapa orang tu pentingkan diri sendiri. Ada sebab dorang jadi macam tu. Aku lah tu salah seorangnya. Memang mengaku, aku lately jadi seorang yang sangat pedendam, pemarah dan pentingkan diri sendiri. Pengakuan ikhlas dari hati.

Tapi bila orang berubah, mostly kita takkan nak amek tahu kenapa orang tu dah berubah.Yang kita sibuk dok cakap ko dah berubahlah, tak macam dulu. Lantak pilah orang nak berubah. Ada sebab dorang berubah, Kalau kau tu kawan yang baik, family yang baik ko takkan bash dorang macam tu. Orang jenis camni kalau kau tanya dorang takkan jawab kenapa dorang berubah. Sebab tak guna pun dorang cakap, ko tetap nak cakap kau je yang betul. Salah orang tu berubah. Kau kena tengok, buat pemerhatian..kenapa dia berubah. Kau akan dapat jawapan dia

Heh, memang emo. Nampak sangat lately aku memang emo. Tapi emo dalam tulisanlah satu cara untuk aku lepas rasa marah, rasa dendam aku dekat masa silam. 

Aku ingat lagi, masih segar dalam fikiran. 2-3 hari lepas tah kenapa ada plak kekawan sekolah rendah aku komen kat gambar lama, Gambar kelas darjah 5. Jujur, aku dah unfriend semua kawan sekolah aku dari facebook, tah camne dorang leh tag aku dalam gambar, Then aku terbaca la satu komen, yang betapa gembiranya dorang membuli aku sampai aku nangis.

Bila baca camtu, sumpah aku bengang sangat. Sedih, jujur memang aku menangis. Tah kenapa tangan aku pun ni sama hal gak dia gedik mereply. Aku ingat aku cakap how bad my past sampai buat aku berubah. Aku tak perna salahkan tukang membuli aku tu, ye ah bebudak tak faham kan. Cuma aku bengang kenapa nak ungkit benda lepas yang buruk untuk aku , cantik untuk mereka. Dorang bolehlah cakap" alaaa, x payahlah emo sangat, benda lama..Aku baca balik pun gelak". Yelahh, memang ko gelak, sebab ko tak rasa apa yang aku pernah rasa. kau tak pernah rasa perasaan sakit hati, malu  & dendam tu macam manaaa. Kau ingat senang aku nak lupa semua benda yang dah jadi tu camtu tanpa dendam & rasa marah? Susah bangang.

Paling chilake ayatnya bila " Don't blame others , because of ur misbehave". Yes i mark this word sampai aku mati.Yea, aku misbehave, korang pun sama misbehave. Ada aku cakap aku blame korang? Takde. Yang aku cakap past life buat mereka berubah. How sometimes ur joke become others insult for the rest of their life..

Argh,,,makin tulis makan banyak lak carutan. Dahla bulan Puasa. Demi Allah, aku selalu doa tolonglah hilangkan rasa perasaan dendam aku ni. Penat dah jadi pedendam, Aku nak hidup jadi manusia normal.

Dan , some part aku gembire dengan apa yang aku berubah sekarang, Some part, aku langsung tak gembira sebab sangat ketara aku berubah jadi orang yang pedendam, Ada sorang kawan sekolah rendah aku mesej cakap takpe, take time. Time will heal the wound. Thanks sebab faham. Thanks sebab sangat faham kenapa aku berubah sampai camni,

Aish. tapi secara keseluruhan aku rasa lega dengan perubahan ni. Walau aku terpaksa buang semua memori lama aku dan tolak kawan lamaa, entah aku rasa lega sangat. Aku rasa lebih tenang dengan hidup baru aku yang mana memang aku masih missbehave, tapi kawan aku terima seadaanya aku sekarang. Nasihat secara berhemah, tak pernah salahkan kenapa aku missbehave, Yang selalu support walaupun aku selfish.

Heh, life memang camni kan. Mesti ada sedih, baru lengkap hidup. Kalau gembire sentiasa bosan kottt. Heh, so memang tak salah untuk berubah. Hanya diri kita sendiri je tahu kesan perubahan tu. Stop stop sibuk pasal orang lain, start pikir perasaan sendiri. Ini kalilah, kasi ubah!

Sunday, July 7, 2013

|Gadis Pashmina 012 - Hati|

Entri Kali Ini mengenai soal hati. Ya soal hati yang semakin tidak pasti. Semakin lama entri semakin emo,, cukup memberi petanda bahawa diri sudah semakin tua.

Sudah, marilah kita mulakan siri rantaian puisi menjerat hati ini.
-
-
-
-
-
-
-

7 tahun yang lalu,
Hati gembira teringatkan dia. Oh sumpah, dunia memang terlalu indah.
Apa dikisahkan, masih remaja.
Ya, cinta itu sangat indah, menanti dan terus menanti.
Tidak dikisah apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
Apa yang penting?
Kau dan aku tetap bersama.


Dia,
Tak tipu, hanya berkata benar.
Memang seorang yang sangat indah dalam hidup.
Hadir disaat dan ketika yang sangat tepat.
Seseorang yang boleh digantung harap.
Seseorang yang aku senantiasa selamat bila bersamanya.
Seseorang yang aku boleh menjadi gedik bila bersamanya.
Kerana dengan kehadirannya,
Hidup menjadi ceria, dunia seperti dilimpahi cahaya.
Sangat gembira bersama, sampai hati sendiri tidak tahu digambarkan bersama.

Sedari awal, sudah diketahui sampai mati tidak mungkin akan bersatu,
tetapi tidak boleh disalahkan hati,
Kerana hati tidak meminta utk menyukai seperti itu.
Namun, sihati degil, selalu melawan logik akal.
Sudah diberitahu oleh si akal, JANGAn, tapi masih mahu berdegil.

Hingga pada satu tahap,
sudah terlambat untuk berundur.
Buntu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kerana hati telah terlanjur cinta, tidak mungkin berpatah balik.


-
-

7 tahun kemudian,
entah, disaat kelmarin kurasa semua harus diakhirkan.
Penat sudah mata menghasiklan titisan mutiara,
Jangan diharap pada yang tak pasti,
Kelak merani hati yang dah mati.

ya,
Di tarikh kelmarin,
ku ikhlaskan hati,
Redakanlah pemergian si dia dari mukimku...
Sila belajar terima hakikat,
Si dia bukan pemilik tulang rusukmu.

Berhenti berharap.
Doakan kebahagiaan sidia.
Doakan juga kebahagian diri sendiri.
Tolonglah, ini adalah rayuanku.
Kasihanilah juga hatiu yg telah tiada itu.

Wahai pemilik asal tulang rusuk,
Sila maafkan aku, kerana alfa mengejar sesuatu yang bukan milkku.
padahal dirimu sudah tersedia menanti depan mata,
Tapi langsung aku tidak ada usaha untuk mengejarmu,
Dan ya, ku turut berjanji,
Mulai hari ini...siapa pun sahaja dirimu..
Munculkanlah dirimu kerana aku sudah bersedia menjadi sebahagian darimu..

untuk sidia yang disayangi bagi tempoh 7 tahun,
Hidup baik- baik..
Selepas ini tiada lagi diriku yang gemar merosakkan emosimu..
Aku tahu kau mampu hidup bahagia,
Dan ternyata...dirimu lebih disinari suria tanpa diriku.

*farewell dan menangis*


Sunday, June 30, 2013

|Gadis Pashmina 011 - Gemuk|

Entri kali ini panjang & agak Emo. Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni, tapi baru sekarang ada masa nak tulis. baru ada idea nak dicurahkan. Ia agak panjang, dah macam novel kot, tapi aku harap entri ni dapat membantu mereka yang berkenaan.

Bagi sesiapa yang tak kenal aku, cukuplah kenal saya sebagai Kak Maeri and this is journey of my bittersweet live.

Secara jujur, dari aku kecil sampai la umur 25 tahun, saya tak pernah kurus. Never. Andui. Sangat tak pernah. Membesar sebagai seorang kanak-kanak obes bukanlah satu perkara yang membanggkana. Time kecik kecik comelah, orang selalu dok tarik pipi. Comelnya, kiutnya. Tapi bila masuk sekolah darjah satu, comel dah tukar jadi scary.

Masih terngiag-ngiang di telinga, bila je jalan nak pergi kelas, sepanjang jalan dengar orang mengejek sambil menyanyi lagu:

"GEMOK GEDEMPOL TENDANG MASUK GOL"

Padahal yang menyanyi tu pun sama je badaknya. Tapi mungkin dia tak sebadak aku kot. Tu yang seronok dia membahan aku. Mungkin jugak lagu tu dah jadi macam zikir untuk dia.

Dari kecik, aku tak pernah jadi Pebret memana cikgu. Yelah, budak gemuk sapa berkenan. Bila amek gambar kelas, aku sorang paling badak, paling gemuk, paling gajah. Tapi time tu bebudak, tak faham lagi apa tu penghinaan. Bayangkan, darjah satu berat aku 35kg. Memang gemuk bagi seorang budak perempuan darjah 1. Aku tak pernah salahkan parent aku kenapa aku gemuk. Kitorang orang kampung, tak tahu ilmu nutrisi time tu. Makan je ikut suka mana yang ada. Nasi berpinggan, lauk lemak sangat wajib.

Time darjah dua, aku tak dapat recall apa yang terjadi. Lompat to Darjah Tiga.

Darjah tiga aku sekolah sesi petang. Tak dinafikan walaupun hodoh nasib baik aku pandai. Tuhan tu maha adil. disebalik kekurangan mesti dia akan kasi kelebihan. Walaupun aku duduk kelas first, periksa selalu dapat no satu, tapi aku tak layak jadi pengawas. Sebab aku GEMUK. Cikgu cakap aku tak boleh nak lari, tak larat nak jaga budak sebab aku gemuk. Kalau masuk sukan, mesti wajib masuk lontar peluru. Ayat cliche cikgu:

"AWAK KAN BESAR, MESTI BOLEH BALING JAUH"

Nampak tak, dari kecik aku dah kena diskriminasi, kena hina, kena carci secara mental sebab aku gemuk. Tapi bak aku cakap tadi, kecik lagi, tak faham semua tu lagi.

Aku budak lompas PTS, so aku lompat terus pi darjah 5.

Darjah 5 lah antara hidup aku yang paling stress. Memang budak-budak lahir tahun 87 anti kat aku sebab aku lompat kelas. Aku kan lahir tahun 88. Time ni bertambahlah hinaan dan cercaan. Tu, budak gemuk tu..budak gemuk tu. Aku ingat lagi, dulu kita orang ada berlakon kat kelas, aku dapat watak dayang je sebab aku gemuk. Mana boleh jadi watak utama. Tak layak. 

Secara jujur, kawan sekolah rendah aku terhad. Tak ramai yang nak kawan dengan aku sebab gemuk. Sambil tulis entri ni pun bila ingat balik aku nak nangis. Memang sedeh.

Ok, proceed cerita darjah 6. Time ni berat aku cecah 45kg. Berat bagi seorang budak 11 tahun. Tapi tahun tu aku agak gembira. Ada seorang budak lelaki baru pindah sekolah, masuk kelas aku. Nama dia Ahmad Mustaffa. Memang agak handsome dan comellah bagi seorang budak. Tapi Mus tu baik ngan aku, layan baik. Pergi mana-mana kitorang sama. Time tu hati happy berbunga-bunga. Ada jugak budak handsome yang nak kawan dengan aku yang hodoh ni. Tapi gembira tak panjang. Form 1 Mus pindah sekolah lain. So, aku hilang bestfriend. Tah dia kat mana sekarang aku sumpah tak tahu. Kalau esok jalan jalan terlanggar bahu pun tak kenal.

Naik Form 1, ni dah masuk remaja la kot. Aku masuk taekwondo. Semua tengok aku, eh ko gemuk boleh ke nak masuk taekwondo. Lari pun tak larat. Tapi aku buat bedeng, masuk je. Dah gemuk, memang aku tak larat nak lari laju, tapi aku paksa dia exercise. Walau exercise aku still gemuk. Zaman dulu tak tahu camne nak count kalori apa yang makan, bedal je apa yang ada. Pantang nampak. So walaupun aku active taekwondo aku masih gemuk.

Form 2 dan 3 pun tak banyak beza, Cuma nasib aku baik sebab aku agak pandai. Maka still ada orang yg nak kawan dengan aku. Kena main-main ngan orang jangan cakaplah. Selalu sangat dapat surat prank dari kekawan kata ada lelaki handsome nak kenal. Aku yang bangang ni pun percaya, padahl prank semata-mata. Hina sangat ke kegemukan aku ni kat mata dorang eh?

One of the reason kenapa sekarang aku pilih untuk putuskan langsung hubungan dengan kawan sekolah rendah n lower form aku. Sebab aku seLaLu teringat segala penghinaan yang aku terima. Betapa dorang selalu double standar. Kalau ada event ke, jalan raya ke xde makna dorang nak ajak aku. Jadi aku pilih untuk delete memori pasal semua kawan aku tu. Sebab setiap kali ingat buat aku nak nangis, rasa down. kat telinga cam rewind lak suara suara sumbang tu.

Naik form and form 5, masuk MRSM. Dok asrama. Bebudak nakal tapi behave sikit. Takdelah dok mengutuk kata caci merca pasal kebadakan badan aku ni. Tapi aku yang malu sendiri. Time kelas biologi, bila citer BMI mesti aku ponteng kelas, sebab aku malu. aku yang paling Gemuk. 

Habis sekolah form 5, macam satu dimensi baru dalam hidup aku. Before habis sekolah, aku ingat lagi hanya sorang je kawan aku yang yakin aku boleh kurus. Jaja. Jaja sorang je yang cakap aku boleh kurus. Don't worry. Thanks Jaja sebab kau beri aku harapan.

Masuk matrik, dah gatal nak cintan cintun sini. Heh, mestilah selalu kena rejek. Ada ke orang nak couple ngan orang gemuk? Non hado. Kat dunia ni, especially Malaysia, kalau lelaki gemuk kapel ngan perempuan cantik orang akan cakap" Bro, camne lu ayat awek tu"?. Cube kalau perempuan gemuk kapel ngan lelaki hensem, kompem kena bahan: "Tu mesti guna ubat guna-guna, takpun anak orang kaya tu."

Dah, kita masuk citer kat UMS. Buat degree. Time ni aku semangat nak kurus. Kena gigih. Ingat lagi Megat kawan aku cakap:

"TAK ADA MAKNA KAU NAK KURUS. DULU TIME MASUK MATRIK KAU CAKAP NAK KURUS JUGAK, TAPI SAMA JE GEMUK"

kalau boleh ulang masa, sumpah aku nak amek course nutrition, supaya aku boleh belajar cara makan yang betul. Walaupun dah masuk u, otak aku masih bangang. Masih ingat kalau nak kurus kena makan biskut ngan air milo. Takpun sup sayur je. Nampak tak ke-bangang-an aku dulu. Cetek sangat ilmu diet ni. Senam pun malas, jenjarang.

Tambah lagi bad habit aku suka makan. Kalau dengan Shihween, aku selalu makan jee kejenya. Bayangkan, kalau keluar dengan Shihween, mesti pi fastfood.Pizza tu wajib. Kalau pergi pizza, order set 4 orang untuk makan 2 orang. Dengan Shihween memang seronok sebab asyik makan, makan dan makan. Kalau aku tak makan, nanti shihween pedajal aku. Pernah sekali aku keluar makan malam dengan dia, aku order sup sayur je. Dia marah, paksa makan nasi. Then boleh plak dia cakap dengan nada agak kuat: 

" NI HA DIET, TAK MAKAN NASI". Chait. Langsung tak sokong usaha diet aku. Kehkehkeh.Pastu aku ada gak usaha nak kurus, aku cakap ngan shihween aku nak pi london weight management, dia marah kata buat pe bazir duit. I need to thank him for this. memang London tu scam je pun. Hoho. Tapi sampai skrg aku wonder, antara semua orang, shihween langsung tak pernah tegur kalau badan aku makain mengembang. kalau orang lain dah dok bising:

"WEH, KENAPA KO MAKIN KEMBANG EH? ataupun "SERIUS KO MAKIN GEMUK"

Tapi shihween diam je. Tak kisah pun. Yang dia bising kalau aku tak makan.. Eh sampai sekarang la aku musykil. Nak mohon pencerahan tuan punya badan lepas ni.

Ok, habis degree aku masuk GEMS. Time ni badan naik lagi mencanak. Makan free duduk hotel, Tudiaaa, seronok makan tak peduli langsung badan.Makan, makan dan makan. Exercise atas katil kot. 

After GEMS masuk kerja aku start risau pasal berat badan. Time ni orang makin perli je pasal kegemukan aku. Dulu aku tak peduli aku gemuk, janji bahagia sudah. Time ni aku dah start cuak. Mungkin sebab tengok semua orang dah nak kawen tapi aku takde orang nak  buat aku risau, kot. time ni la start idea bangang amek supplemen Jus mate 5 Dr Rozmey. Sumpah tak sedap. rasa yuckies. Bluweeeek. Makanya aku membazir je rm500 camtu. dah tak sedap, guane nak telan.

Then aku sambug balik belajar buat master. Mostly kawan aku dah kerja, aku pilih sambung belajar. Dok utm, makan heaven. 2-3 pagi leh melantak roti canai. Tudia, kekembangan abadi. Tapi who cares, aku memang langsung tak peduli pasal badan aku. Sampai konvo, aku gemuk. tengok gambar konvo utm memang malu gilos. macam badak sedang berjalan.

Lepas UTM, aku kerja kat KL, Kat UTS jadi QA. Duduk Ampang dengan Dila. Dila BFF akun time matrik. Lagi naik tocang. Dok makan je keje. 2-3 pagi dok melantak ciken cok kat taman dagang. Petag-petng kat opis dok pi mamak kat stesen masjid jamek beli jemput udang dan makanan berminyak semu Tim ni memang aku dah tak nak peduli pasal kegemukan. Biarlah gemuk, malas dah nak peduli. Takda boipreng pun lantak ah. Dulik apa aku. Janji aku dapat kejar nikmat makan.

And bermula bawah nilah bermula turning point dalam hidup aku bila aku didapati kena kencing kotor. Kena buat body scan, taim timbang aku tengok berat aku dah cecah 95kg. Time ni memang aku sangat down. down. down. Time ni otak aku cam flashback segala penghinaan keji kejian yamg aku terima time gemuk tapi aku tak pernah nak peduli.

Untuk selesaikan masalah gemuk 95kg tu, aku terpengaruh dengan abg Henry (opismate UTS) beli SD2. Ok tulah produk paling bangang, sampah dan cilake pernah aku makan. Eh marahnya aku bila ingat balik perkara tu. Sumpah marah. Rasa nak maki seller tu sampai sekarang. Mana taknya, xleh makan buah, nasik dan segala jenis karbo. Tapi boleh makan segala jenis protein biarpun bergoreng dan banyak minyak. Geram. Bila makan SD2 tu memang aku susah nak berak. Dah tu macam mana nya nak berak, dah kalau buah x makan, fiber tak makan. Hadap la kau masalah sembelit tu. Aku makan SD2 4 tin je, stok sebulan (RM600), turun ah 4kg. Dari 95kg jadi 91kg. Katanya leh turun 5kg seminggu kan? Jadah dia lah. Nak lakukan produk je propa lebeh.

Lepas sebulan aku amekSD2 tu aku stop. Diet sendiri ala atkin. Time ni start masuk gym sebab after raya tahun 2012 aku dah kerja kat JB. Kat JB banyak gym murah, so aku masuk gym. Berkat usaha gegeh workout 5 jam sehari, in 2 month berat aku turun dari 92kg to 85 kg. Seluar pun dah boleh pakai size 36, baju pun dah boleh masuk L. Bangga sekejap time ni, fefeling hot gitew.

Bulan 11 tahun 2012, kawan baik aku Paizul datang dari Ipoh melawat aku dekat JB. Dia terkejut tengok aku macam dah kurus sikit. Then dia cakap dengan aku:

"AKU LEBEH SUKA KAU YANG DULU (yang gemuk tu maksudnya), LAGI COMEL"

Then aku pun cakap dekat PEZUL:

"PEZUL, DALAM DUNIA NI TAK ADA ORANG YANG NAK KAHWIN DENGAN ORANG GEMUK. SEBURUK MANA LELAKI TU PUN, DIA NAK KAWEN DENGAN PEREMPUAN YANG KURUS. KALAU PEREMPUA TU HODOH PUN JANJI KURUS TETAP ADA ORANG NAK. PEREMPUAN GEMUK NI JANGAN HARAPLA ORANG NAK. DALAM MIMPI PUN TAKKAN ADA YANG NAK. KALAU GITU KAU JELAH YANG KAWEN NGAN AKU YANG GEMUK NI, NAK?"

then Pezul jawab dengan slow : "BETUL APA KAU CAKAP"

Jadi adik-adik, akak-akak yang yakin lelaki zaman ni tengok hati budi pekerti tak tengok rupa, stop day dreaming!

Syed pun pernah cakap kat aku:

" AKU KALAU NAK PILIH PEREMPUAN, CARI YANG CANTIK DULU. DARI CANTIK TU BARU SORTING TENGOK BUDI PEKERTI"

Memang ayat Syed agak kejam tapi dia berlaku jujur. Dan perkara betul memang pahit untuk ditelan. Tapi aku tetap nak berterima kasih dengan Syed. Dia pengkritik yang baik. Antara orang yang selalu sokong aku walaupun aku gemuks. Thanksss Syed. I owe u sangaaaaaaaaaaaaat banyak.

After aku turun to 85kg tu, naik balik pergi 89 kg sebab aku makan ikut suka hati. Walau pergi gym exercise ketat gegeh kalau tak jaga makan tetap gemuk dik. Pengajaran untuk aku sampai sekarang.

Feb 2013, resign kerje. Balik kl dok ngan mak. Aku serius start diet. Up to now, dari 89 kg berat aku dah 76 kg. Fit M size, pinggang 31 cm. Tengok gambar lama memang aku nangissssssssssssssss. Apa yang aku buat, aku amek herbalife untuk cut calorie, amek supplement shaklee n regular exercise. I really change my way of life.

Ni sesapa nak kondem aku amek Herbalife, FUCK OFF. Suka hati aku nak amek apa. Memang aku bangang, degil, suka bazir duit. Tapi suka hati aku duit aku. Korang tak pernah nak ada dizaman aku kena hina, cerca sebab gemuk. Thanks aku jumpa Coach Herbalife yang tak tamak duit kejar untung but buetul betul tolong aku tukar the way habit aku makan. Atleast bila amek shake, aku boleh cut calorie intake up to 600kcal/day. Amek HL, minum air banyak. kalau tak, kidney problem. Kalau kau tak amek HL tp x minum air banyak ko tetap akan sakit kena kencing kotor n the worse batu karang. So biarlah aku pilih Herbalife untuk tolong aku. Sebab aku tak kuat nak diet sendiri, aku kena ada something yang tolong aku. Mohon mengerti dan faham. Kalau tak pernah rasa kena hina dan dicerca sebab gemuk duduk dendiam. Jangan sebuk hal orang gemuk cam aku ni.

Ok, as a conclusion...sekarang aku dah faham kenapa Tuhan buat aku gemuk. Everything happen for a reason. Kalau aku tak gemuk, aku takkan kuat. Aku takkan jadi setabah ni. Aku takkan tahu ragam orang macam mana. Aku takkan hargai hidup aku.

Biarpun aku baru 76kg, banyak sgt perubahan dalam hidup aku. Yang paling ketara, dulu bila aku 95kg, tak ada orang berkenan pun kat aku. Jangan harap ada orang nak tegur kat FB ke apa ke sebab kau tu gemuk. Memang tak dipandang. Sekarang yang tak pernah menegur pun tetibe jadi ramah tamah. Pi jenjalan pun lelaki ada le menegur hye nak berkenalan, awak ni comel. Dulu takde pun.

And sekarang I know who is My real Friend: SHIHWEEN, DILA, AIZAT, ZAIDAH, SYED. Thanks for believe in me. Never judge my appearance. Tak pernah tinggalkan aku tima aku nobody. I LOVE ALL OF U WITH MY HEART.

Sincerely,
KAK MAERI

Wednesday, June 5, 2013

|Gadis Pashmina 010 - Reunion|

we re-unite after 4 years, How fast time flies :)

2009





2013

Not much change.. still have da same way of smile i guess :)





Thursday, May 2, 2013

|Gadis Pashmina 009 - Update|

I think it's been 2 month I tak update blog.

Ya ampun, bz yang amat even though I'm jobless rite now.

Okeh, need to find more time to update blog.

Too many things to story tapi bila tak ditulis habis semua hilang!