Sunday, January 27, 2013

|Gadis Pashmina 004 - Death Note|

Korang gila anime? Gila manga? Aku satu ketika dahulu memang gila anime. Sampai sekarang pun sama. Cuma dah kureng sket sekarang. Apa salah umur 25 tahun tengok anime. Bukan lakukan jenayah pun kan. Takde pulak dalam akta kalau tengok anime akan dijatuhkan kesalahan di bawah kanun keseksaan 303 atau 304. So bleh teruskan aktiviti ini walaupun tak berapa nak berfaedah sangat.

Anime paling aku suka adalah Death Note. Dulu time sekolah menengah sanggup kot labur duet beli Kreko semata-mata nak baca Death Note. Pastu aku jatuh cinta dengan watak Yagami Light. Sumpah Light sangat hensem, berkarisma, pandai. Totally itulah ciri-ciri lelaki idaman aku yang aku takkan jumpa sampai mati. Light tak pandai semulajadi, tapi dia berusaha untuk jadi pandai.

Ok, untuk tak kasi orang pening, meh aku citer dari awal. So, kena kenalkan dulu satu satu watak dia. First adalah hero untuk anime ni. Nama dia Yagami Light. Anak first dari dua orang adik beradik. Pandai sebab dia yang train diri sendiri untuk jadi pandai. Sangat berdisiplin, Handsome, berkarisma, pandai main tenis (auwww, melting). Dia ada sorang adik perempuan. Bapak dia polis. Ramai perempuan suka dia. Hello dey, sapa yang tak suka lelaki hensem, pandai, berkarisma? You tell me who?

Gambar Ni Pakcik google yang kasi.

Second hero dalam anime ni adalah L. L ni adalah anak yatim piatu, takde family. Tapi L sangat sangat pandai. He's gifted to be a smart person. Kalau Light berusaha untuk jadi pandai, L tak payah. Dia memang semulajadi pandai. Ada beza disitu. L suka makan benda manis, cara duduk dia pun pelik. Tak handsome bagi aku tapi L ni comel. Bagi aku dia setara dengan Light. And for me, they look great to be a bestfriend. I wish they we're best friend forever but it just my dream!

Gambar ni pun pakcik Google yang kasi

Watak ketiga penting adalah Ryuk. Dia nilah shinigami yang kasi death note dekat Light. Dah namapun shinigami perangai pun mesti macam setan kan. Banyak benda yang boleh dipelajari dari watak Ryuk ni.

Dah nama pun setan mesti ah muka cam setan kan?

And heroine dalam anime ni adalah Misa. Dia ni kire gilfriend kepada Light. Dia pun tak ada family and sangat obses dekat Light. Dia akan lakukan everything untuk Light. Cinta Sepenuh hati orang kata. Dia comel cuma aku rasa suara dia annoying gila dalam anime. hahaha.

Comel kan Misa ni? hehehe


Citer start bila Light ni dah bosan ngan hidup dia. Dia rasa hidup dia dah tak ada cabaran. Sampailah satu hari dia jumpa Death Note yang Ryuk jatuhkan kat bumi. Ryuk ni pun sama je macam Light. Dia pun bosan, so untuk nak happykan diri dia jatuhkan Death Note kat bumi and Light yang jumpa.

Death Note ni kira cam buku magik, kot? Sesapa nama yang tertulis dalam Death Note kompem akan mati. Eh kalau aku yang dapat buku ni pun ramai yang mati. Banyak gaklah rules dalam Buku ni. Pemilik buku ni boleh tentukan cara kematian. Tapi kalau cara kematian tak ditulis, maka orang yang ditulis nama tu akan mati kena serangan sakit jantung. Tapi kalau aku akan tulis cara kematian kena racun dekat lubang telinga. Sebab jarang postmortem kat telinga kan? Bunuh yang seksa, tu lagi saiko. Okeh aku memang saiko sila abaikan.

So, bila ramai sangat yang kena mati secara tetibe ni mestilah pihak polis pelik kan. So L yang cerdik pandai ni bantu siasatan pihak polis. Dari awal L dah tahu yang Light ni terlibat, tapi dia pilih untuk taknak percaya yang Light ni pembunuh. Serius, tengok L and Light lawan sangat sangat best. Dorang sangan setara, seronok tengok dia orang lawan. Intelligent.

Ryuk ni plak memang suka tengok je. Dia kan shinigami. Watak dia banyak memerhati. Misa plak muncul lepas Light selamatkan dia. Lepas tu dia jadi obses dengan Light. Dia anggup buat apa je untuk Light.


er....kenapa aku rasa panjang sangat lagi. rasa malas nak cerita lagi. So apa kata aku kasi pendekkan cerita yang L pun mati nanti sebab misa tulis nama L dalam death note. Lepas L mati sumpah dah tak best nak tengok and baca Death note, dah takde cabaran. Ending dia Light pun mati sebab Ryuk yang bunuh light. Pas Light mati Misa pun mati...

Sesapa yang nak tahu citer ni, aku ada full anime dia. Sapa nak sedut cakap je, aku kasi percuma. hehehehe.

|Gadis Pashmina 003 - Tajuk|

Blog aku ni memang takde tajuk. Sebabnya aku malas nak pikir tajuk. Nak pikir tajuk pun amek banyak masa kan. So apa kata aku tulis kod je. Senang. Takyah nak susah susah.

Bila cakap pasal tajuk ni, terfikir plak pasal tajuk drama. Dulu kecoh pengarah letak tajuk drama vey da kebabom. Kau Yang Satu, Kau Yang Terindah, Tangisan Bulan Madu...Pastu bila tak ada idea, semua dok pakat buat nama jadi tajuk drama. Contoh Nora Elena, Dia Atilia, banyak lagilah.... So ini membuktikan penat sebenarnya nak buat tajuk kebabom kasi selari dengan jalan cerita.

Tapi paling aku tak faham lagu Sofea Jane nyanyian Black. Kenapa tajuk lagu dia Sofea Jane, Kenapa kenapa? Sedangkan dalam lirik lagu tu takde satu pun sebut pasal Sofea Jane. Sesiapa boleh tak tolong fahamkan aku?

Oh jadi konklusi di sini tak salahlah le aku buat entry takde tajuk. Lagi senang kot? Hahaha. Nampak sangat pemalas. Tajuk entry pun malas nak pikir kan. Ok bye~

|Gadis Pashmina 002 - BlogAku|

Sebab ini adalah blog aku, jadi eh aku punya suka kan boleh update pasal hapa? haha. Ini blog takde tema. Ini gak blog takde iklan. Sebab ini adalah tempat aku untuk mumbling, tempat aku nak mencarut, tempat aku nak menangis, tempat aku jugak nak berpuitis jugak!

Kalau rasa nak cerca, cercalah selagi mungkin. Kalau rasa nak puji, pujilah selagi boleh. Itu hak individu. Kalau semua org pikir sama pun susah jugak, mesti hidup dah takde variasi kan? Bak kata pepatah " kalau kita taste Camelia kita tak boleh marah orang yang taste Ramlah Ram".

Kalau rasa taknak orang cerca kalau tulis blog, tak yah buat umum. Buat private. Kekadang aku pelik gak orang orang ni. Buat semua benda public tapi bila kena cerca sket dah dok melenting. Eh aku pun kekadang camtu. Once kita dok publish, aku rasa kita dah patut terima consequence yang mendatang. Tak semua orang suka cara kita. And kita jugak tak boleh paksa orang suka cara kita.

So kalau korang nak bambu aku dalam blog ke cara penulisan aku silalah. aku xde hak nak halang n nak marah since aku yang menggedik dok publish entry and buat blog public. Kalau suka pun (eh ade ke orang nak suka), diam diam je. Sebab feeling suka dalam diam uh lagi best kot?

Ahha. Ok, enough dengan merapu. Next plese!



|Gadis Pashmina 001 - KakMaeriGadisPashmina|

Kenapa dalam banyak banyak nama, nak gak letak nama Gadis Pashimina ea? Sebab aku suka sangat Rebecca Bloomwood a.k.a Becky dalam novel Shopaholic. Kekadang aku rasa aku adalah klon Becky. Aku gila shopping, Becky pun suka shopping. Yang beza Becky akhirnya jumpa Luke but it's impossible for me to find my own Luke. And then dalam series shopaholic, kan Becky guna nama samaran Girl with the Green Scarf , as nama pena dia. So lepas tu aku termotivasi nak jadi cam Becky jugak. Guna nama samaran Gadis Di sebalik Selendang Pashmina. Okeh, ini dah perasan sangat. Sila tampar aku supaya kembali ke alam nyata.


Okeh, whatever it just a name. Tapi dari dulu aku suka sangat nama ni, Gadis disebalik selendang pashmina. Walaupun aku dah tak berapa nak gadis sekarang. Umur 25 tahun bolh diconsider sebagai gadis ke? Ok, taknak peduli. Nak jugak guna nama ni.


Most of time, memang aku rasa aku adalah Becky. Kitorang suka barang branded, walaupun tak mampu nak beli. Bila nampak sale, sumpah memang tak boleh nak control diri. Kekadang rasa barang yang dibeli tu memanggil manggil suruh aku beli. Cam sekarang gila ah, setiap hari aku rasa note 2 dok seru nama aku suruh beli.

Oh, jap ada agi beza. Becky cantik, aku buruk. tapi tak dulik! I'm still a Becky, in other version.