Korang gila anime? Gila manga? Aku satu ketika dahulu memang gila anime. Sampai sekarang pun sama. Cuma dah kureng sket sekarang. Apa salah umur 25 tahun tengok anime. Bukan lakukan jenayah pun kan. Takde pulak dalam akta kalau tengok anime akan dijatuhkan kesalahan di bawah kanun keseksaan 303 atau 304. So bleh teruskan aktiviti ini walaupun tak berapa nak berfaedah sangat.
Anime paling aku suka adalah Death Note. Dulu time sekolah menengah sanggup kot labur duet beli Kreko semata-mata nak baca Death Note. Pastu aku jatuh cinta dengan watak Yagami Light. Sumpah Light sangat hensem, berkarisma, pandai. Totally itulah ciri-ciri lelaki idaman aku yang aku takkan jumpa sampai mati. Light tak pandai semulajadi, tapi dia berusaha untuk jadi pandai.
Ok, untuk tak kasi orang pening, meh aku citer dari awal. So, kena kenalkan dulu satu satu watak dia. First adalah hero untuk anime ni. Nama dia Yagami Light. Anak first dari dua orang adik beradik. Pandai sebab dia yang train diri sendiri untuk jadi pandai. Sangat berdisiplin, Handsome, berkarisma, pandai main tenis (auwww, melting). Dia ada sorang adik perempuan. Bapak dia polis. Ramai perempuan suka dia. Hello dey, sapa yang tak suka lelaki hensem, pandai, berkarisma? You tell me who?
Gambar Ni Pakcik google yang kasi.
Second hero dalam anime ni adalah L. L ni adalah anak yatim piatu, takde family. Tapi L sangat sangat pandai. He's gifted to be a smart person. Kalau Light berusaha untuk jadi pandai, L tak payah. Dia memang semulajadi pandai. Ada beza disitu. L suka makan benda manis, cara duduk dia pun pelik. Tak handsome bagi aku tapi L ni comel. Bagi aku dia setara dengan Light. And for me, they look great to be a bestfriend. I wish they we're best friend forever but it just my dream!
Gambar ni pun pakcik Google yang kasi
Watak ketiga penting adalah Ryuk. Dia nilah shinigami yang kasi death note dekat Light. Dah namapun shinigami perangai pun mesti macam setan kan. Banyak benda yang boleh dipelajari dari watak Ryuk ni.
Dah nama pun setan mesti ah muka cam setan kan?
And heroine dalam anime ni adalah Misa. Dia ni kire gilfriend kepada Light. Dia pun tak ada family and sangat obses dekat Light. Dia akan lakukan everything untuk Light. Cinta Sepenuh hati orang kata. Dia comel cuma aku rasa suara dia annoying gila dalam anime. hahaha.
Comel kan Misa ni? hehehe
Citer start bila Light ni dah bosan ngan hidup dia. Dia rasa hidup dia dah tak ada cabaran. Sampailah satu hari dia jumpa Death Note yang Ryuk jatuhkan kat bumi. Ryuk ni pun sama je macam Light. Dia pun bosan, so untuk nak happykan diri dia jatuhkan Death Note kat bumi and Light yang jumpa.
Death Note ni kira cam buku magik, kot? Sesapa nama yang tertulis dalam Death Note kompem akan mati. Eh kalau aku yang dapat buku ni pun ramai yang mati. Banyak gaklah rules dalam Buku ni. Pemilik buku ni boleh tentukan cara kematian. Tapi kalau cara kematian tak ditulis, maka orang yang ditulis nama tu akan mati kena serangan sakit jantung. Tapi kalau aku akan tulis cara kematian kena racun dekat lubang telinga. Sebab jarang postmortem kat telinga kan? Bunuh yang seksa, tu lagi saiko. Okeh aku memang saiko sila abaikan.
So, bila ramai sangat yang kena mati secara tetibe ni mestilah pihak polis pelik kan. So L yang cerdik pandai ni bantu siasatan pihak polis. Dari awal L dah tahu yang Light ni terlibat, tapi dia pilih untuk taknak percaya yang Light ni pembunuh. Serius, tengok L and Light lawan sangat sangat best. Dorang sangan setara, seronok tengok dia orang lawan. Intelligent.
Ryuk ni plak memang suka tengok je. Dia kan shinigami. Watak dia banyak memerhati. Misa plak muncul lepas Light selamatkan dia. Lepas tu dia jadi obses dengan Light. Dia anggup buat apa je untuk Light.
er....kenapa aku rasa panjang sangat lagi. rasa malas nak cerita lagi. So apa kata aku kasi pendekkan cerita yang L pun mati nanti sebab misa tulis nama L dalam death note. Lepas L mati sumpah dah tak best nak tengok and baca Death note, dah takde cabaran. Ending dia Light pun mati sebab Ryuk yang bunuh light. Pas Light mati Misa pun mati...
Sesapa yang nak tahu citer ni, aku ada full anime dia. Sapa nak sedut cakap je, aku kasi percuma. hehehehe.
No comments:
Post a Comment