Dalam dunia ni, ada ke orang yang tak suka benda yang tak cantik? Ada? Ada?
Cam tak ada je kan. Semua pun suka benda yang cantik, manis, paling tidak pun sejuk mata memandang.
Hehe, kenapa tetiba nak menulis pasal cantik ni? Hoho. Saja je, saja nak utarakan pendapat dari hidup seorang anak gajah yang hodoh ni. Orang cantik mungkin tak sedar hal ni tapi aku yang hodoh ni memang sangat alert about this topic. Bukan tak pernah bersyukur, bukan rasa dengki. Tapi kadang kadang rasa dunia ni tak adil. Memandang rupa paras lebih dari segala-galanya. Hati budi? Campak tepi aih..yang penting CANTIK.
Oh , lagi satu. Istilah cantik kat Malaysia ni adalah 90% mengatakan yang CANTIK ITU MESTI KURUS dan juga putih.
Kekadang, hidup ni memang tak adil kan? Tapi tak pe, itu adalah salah satu ujian Allah. Tengok kita sabar tak hadapi ujian tu. Aku ni boleh dikatakan tak berapa nak sabar jugak la. Mungkin jugak sabar dah sampai had.
Ok, back to main topic. Cantik. Untung bagi mereka yang cantik semulajadi ni. Banyak privilege yang dorang dapat berbanding orang yang tak cantik ni. Biarpun ada yang mengatakan itu semua duniawi sahaja, bukan akhirat..Tapi bagi aku kita still hidup kat dunia kan? Yes, akhirat memang destinasi kita tapi kita still perlu hidup kat dunia ni. Dalam Islam pun cakap kita kena kejar dua-dua, kejarlah akhirat tanpa tinggalkan dunia. Oleh sebab tu, time hidup kat dunia ni kita nak jugak rasa nikmat hidup di dunia ni macam mana. Okeh, aku dah semakin merapu. Cut off.
Secara jujur, selama hidup 25 tahun ni aku tak pernah pun cantik. Syukur walaupun tak cantik sempurna, tak ada yang cacat mana-mana. Selama 25 tahun ni jugak aku dah rasa betapa orang-orang di Malaysia ni selalu mendiskriminasikan orang yang tak cantik, seperti orang yang tak cantik ni tak ada hati, tak ada perasaan. Tak cantik tak bermakna kita orang yang tak cantik ni boleh dihina, boleh diherdik, boleh dimaki atau boleh dicerca sesuka hati. Setabah mana kami golongan yang tak cantik ni hadap kejian dan umpatan dekat kami, jauh dalam sudut hati rasa sedih tu tetap ada.
Bukannya aku mintak dilayan macam tuan puteri, sumpah tak pernah terfikir pun sampai tahap macam tu. Tapi, cukuplah orang-orang disekeliling treat aku macam orang biasa, tak ada diskriminasi, tak ada kutukan. Tu pun dah cukup sangat-sangat.
Situasi begini sering berlaku, tapi mungkin kita tak sedar. Ambil contoh, ada dua orang perempuan yang berperangai hodoh. satu cantik, satu lagi tak cantik.
Situasi 1: Cantik & Berperangai Hodoh
Haha, spesis ni walaupun dia berperangai hodoh tapi masyarakat masih boleh terima. Walaupun perangai tak cantik, janji muka cantik. Selalu je aku dengar, takpe..lama-lama dia berubah la tu. Kita kasi la dia masa. Lama - Lama dia berubah la tu. Spesis macam ni pun ramai je nak buat bini. Yang penting cantik, perangai tu boleh diubah selepas kahwin, katanya. Konklusi, spesis yang cantik dan berperangai hodoh ni tetap di terima masyarakat.
Situasi 2: Hodoh & Berperangai Hodoh
Ok, yang ini paling kesian. Tak ada orang boleh terima. Dah lah muka hodoh, perangai pun hodoh. Apa yang tinggal, non hado. Kalau yang muka cantik tapi perangai hodoh tu diberi peluang untuk berubah perangai, tapi spesis ni langsung tak diberi peluang. Katanya dah hodoh, perangai hodoh..baik pi mati jelah. Padahal kalau yang cantik perangai hodoh tu sanggup tunggu untuk berubah jadi perangai semenggah. Memang rasa sedih kalau termasuk dalam spesis ni. Kalau nak kawin pun susah, semua pun tak nak. Padahal, perangai boleh berubah kan? Tapi sebab apa tak dipilih, bukan sebab perangai hodoh tapi muka yang tak cantik.
After all, cantik juga yang dilihat. Ada bakat, pandai kadang-kala pun diketepikan kalau muka tak cantik. meh review Malaysian Idol, Akademi Fantasi. Suara yang sedap macam Bob, Dina, Idayu Af, Sahri tu takde pun orang pandang. Nak vote pun korang taknak. Tapi yang suara tak sedap, even can't sing tu (tak nak sebut nama, cari sendiri) tinggi pulak votenya. Padahal menyanyi nak terngok suara kan. Bukannya rupa. Sapa-sapa pernah tengok cerita 200 pounds of beauty pun sama. Perempuan Hanna tu suara sedap tapi sebab muka dia non hado dan gemuk, dia cuma jadi suara latar belakang jer kot. Dia nyanyi tapi orang lain miming. Padahal perempuan yang guna suara dia si Ammy tu suara memang kelaut. Tak reti nyanyi langsung, tapi tetap dia yang dipilih sebab dia cantik.
Dalam bab lakonan pun sama jugak...Kat Malaysia ni mostly heroin cantik-cantik. Yang tak cantik tahap jadi pelakon extra je lah. Kalau yang tak cantik jadi heroin alamat jadi stok bahan kutuk bertahun je lah. Tak macam kat Hollywood, walaupun muka tak cantik, mereka still boleh jadi heroin dan cerita tetap box office. Sebab kat sana orang tengok bakat, bukan rupa. Kat Malaysia ni orang akan tengok rupa dulu, baru bakat. Haish, sedih sungguh. Tapi nak buat macam mana, memang orang Malaysia memandang rupa.
Kalau tengok dari bab politik kerja pun sama. Mana-mana lelaki pun samalah. Lelaki Melayu ke, Cina ke, India ke tetap sama dok suka yang cantik je. Padahal si cantik kat tempat kerja ni memang tak reti buat kerja pun, kemain dipujinya yang sicantik ni pandai buat kerja. Kalau si cantik ni buat salah pun, apa dijawab..Biasalah, mana ada orang yang perfect. Kita kasi dia peluang. Cuba kalau yang sihodoh ni buat salah, kemain lagi diamrahnya..Kata tak pandai buat kerja bagai. Walau talente mana si hodoh ni, takde makna dipujinya. Apa dikata, alaaa, kerja tu semua orang boleh buat. Cuba kalau yang si cantik ni pujuk bos sikit, kau terus cair. Jangan nak menyangkal fakta ni..kebanyakan macam tu. Cer tengok kalau pi interview pun, antara 2 orang yang hadir interview...sorang cantik, sorang lagi hodoh. Tahap education sama , skill sama. Sapa yang dipilih? Si cantik juga.
Kalau bab nak pilih jodoh, pun sama. Dari 100 lelaki yang aku jumpa, 90 orang nak bini cantik. Tak kisah perangai tak berapa nak cantik, janji cantik. Takpe, perangai boleh dibentuk lepas kahwin. Tu diaaaa. Kalau lelaki handsome yang nak bini cantik aku tak kisah sangat sebab they deserve it, Ni yang muka tahap jambatan roboh pun nak yang cantik jugak. Katanya tak salah memilih, jangan tersalah pilih. Yang tak cantik ni apa nasib? Tak ada pilihan. Kena berebut 10 orang dari 100 lelaki yang tak memilih rupa ni. Memang jodoh dah ditentukan Allah dari Loh Mahfuz, tapi benda ni cam selalu sangat dilihat kat Malaysia. Lagi satu, kalau lelaki tak handsome kahwin dengan perempuan cantik, takde pun yang mengeji. Memuji adalah. Kata : "Bro, camne lu dapat bini cantik..Untunglah lu". And perempuan cantik tu pun akan dipuji "Bagus perempuan ni, dah lah cantik, tak memilih pun and kahwin lelaki yang biasa-biasa je". Cuba kalau perempuan tak cantik yang kahwin denga lelaki handsome, mampuslah jadi isu besar punyeeeeeee. Apsal lelaki handsome tu bodoh ke bangang nak pilih yang tak cantik tu jadi bini. Padahal banyak lagi yang cantik. And ada gak perempuan cantik ni dicop tak sedar diri, muka hodoh ada hati nak kahwin dengan lelaki handsome.
Ada orang cakap dengan aku, buat apa nak ambil peduli orang lain cakap. Yess, memang aku tak ambil peduli. Tapi kan akak-akak, adik-adik, makcik-makcik..Kita ni duduk dalam society. Bukan kita duduk sensorang dalam hutan tak campur orang, kawan dengan zirafah. Ye, sekali dua mungkin tak kisah. Kalau dah hari-hari jadi makanan dok keni cerca sebab tak cantik boleh tahan ke? Besi kalau panaskan hari-hari pun boleh cair. Batu yang keras kalau dititis air hari-hari pun boleh sompek. Inikan pulak hati orang. Setiap hari kena ejek, perli, cerca..lama-lama makan dalam jugak. Sesiapa yang tak pernah dikeji tu bolehlah cakap alaa, sabarlah. Dorang bergurau je, Cer kalau diri sendiri kena, nak tengok berapa hari berapa malam dok meroyan tak henti-henti.
Aku ni bukan asyik tengok dari aspek negatif...Tapi, selama ni kita asyik didendangkan dengan perkara positif. Sekali-sekala kita kena tengok hidup dari aspek negatif. Muhasabah mana perlu. Hidup tak selalu indah, langit pun tak selalu cerah kan. So, apa kata tengok hidup dari aspek negatif pulak kan.
Plus, orang cantik ni kalau beli barang selalu dapat murah, barang free. Rezeki orang cantik kan. Murah rezeki...Kalau dari sudut blogging plak, selalu blogger yang cantik ni selalu je orang suka, minat baca..Walau kadang-kadang takde isu menarik pun. Tu sebab dia cantik maka ramailah followernya. Walaupun kekadang hanya upload gambar mata baru bangun tido, tu dia komen sampai riban-riban.
Haha, dah la.cukup sampai sini. Makin menulis makin banyak plak carutan yang mungkin akan keluar. Jadi, sekarang aku mulai faham kenapa perempuan-perempuan kat Malaysia sibuk beli produk yang putihkan kulit atau kuruskan badan. Sebab semua orang nak jadi cantik & istilah cantik di Malaysia adalah kurus dan putih.
Serius people, aku review hidup dari aspek negatif bukan sebab jeles ke apa. Tapi nak sedarkan orang yang tak sedar yang tolonglah jangan asyik tengok hidup dari aspek positif je. Ayat paling tak menahan selalu dapat:
1) Sabarlah. Ni kan ujian. Nak buat camna. Kau sabar ea.
2) Alaa, tak payahlah nak childish sangat dok ungkit cerita lama. Kau kan dah cantik. No hal la kan.
3) Eh, tak semua tau orang tengok rupa, tengok hati budi jugak.
Hehe, 3 ayat diatas tu sangat cliche didendangkan kat telinga aku. yang cakap tu semua spesis yang cantik je. Tak pernah pulak aku dengar ayat-ayat diatas diucapkan dari spesis yang tak cantik. Untung korang, cantik, tak perlu nak hadap penghinaan macam orang tak cantik ni. Kitorang tak mintak pun korang bersimpati ke apa, tapi tak payah la kot cakap ayat - ayat di atas tu. Serius tak membantu. Buat sakit hati ada. Unless korang boleh kasi solution yang membantu, yes,dialu-alukan.
And one more, blog aku memang bukan untuk sedapkan hati orang. Ni lebih kepada luahan perasaan orang-orang malang, orang-orang tak cantik dan sewaktu dengannya. Rasa banyak lagi blog lain yang ceritakan keindahan hidup, mostly yang indah je. So, xpelah, mehlah blog picisan aku ni cerita or review hidup orang yang malang pulak..Atleast, orang boleh tahu macammana hazab hidup kitorang (sometime, not all the time). Tak payah kesian ke apa, cukuplah sekadar orang tahu macam mana kehidupan kitorang yang jarang nak didedahkan ni. Ok bye, sambung carutan di next entry pulak
No comments:
Post a Comment