Matey lah, pepagi buta entry nak tajuk KAHWIN. Motif Kak Maeri? Korang kena faham, aku ni bila emosi semakin tak stabil, datanglah kemain idea mencurah-curah turun. Macam macam benda yang nak dimerepek dan dimerapukan untuk dibebelkan. Kalau mode tengah happy gembira, haram satu idea pun takde. Takkan setiap hari nak jadi emo? Hahah, memang aku takleh jadi writer.
Hehe, ok. Jujur aku ni takdelah desperate nak kahwin. Guane nak kahwin. Dahla sekarang penganggur tegar. Ada je master tapi penganggur tegar. Umur dah 25 tahun tapi financial tak stabil. Masak? Aku boleh le masak tapi yang aku reti masak Spageti Carbonara je, sapa nanti kawen dengan aku hadap le dok makan spageti hari hari. Buat kerja rumah? Boleh le sikit sikit, tapi kat rumah aku basuh baju ada dryer, makanya aku memang tak reti sidai baju sendiri dibawah cahaya matahari. Haaa, ni memang statement mintak pelempang, padahal kau dari MRSM dok gegeh sidai baju di bawah pancaran mentari. Jaga budak? Oklah, selalu budak-budak suka aku tapi aku memang garang dengan budak-budak. Kehkeh.
Berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan kat atas, aku ni memang langsung takde kriteria isteri idaman. Muka? Ni lagilah bagai pemanggang dengan tempat pemanggang. Anak gajah takde makna cantik jah. Haha. Seb baik family aku jenis tak menggesa kawen. Dorang rilex je aku single, yang orang luar pulak butthurt aku tak kawen lagi. Ni yang aku tak faham.
Aiseh, kekadang aku rasa aku ni tak normal. Macam trauma nak kawen. Bila pusing kanan pusing kiri asyik nampak benda negatif je pasal kahwin. Baru kawen 9 bulan husband dah ada perempuan lain, husband kaki pukul, family mentua scary sampai ending bercerai, bla..blaa..blaaa. Padahal aku tak pernah nak alami sendiri pastu men-ngegeh nak trauma. Over sangat kan.
Then, ada la kawan-kawan aku cakap, bagus ni kawen awal..Rezeki banyak datang lepas kawen. Perkahwinan bukan perjudian. Ye ye, aku tak sangkal fakta tu tapi err boleh guna alasan tak sampai seru? Gitewww.
Ada cakap aku ni memilih sangat. Hahaha. Kekadang pun aku rasa ye. Cheh, oklah, part memilih dan calon ni aku sambung kat next entry eh. Malas lak nak membebel kat entry ni sebab bab calon & jodoh ni panjang benar nak dihuraikan. Untuk summary entry ni, anggaplah aku ni memilih. Mihmihmih. Ni pengaruh rakan sebaya la ni aku dok gelak mihmihmih.
Fantasi perkahwinan impian?
Tengok, sub-tajuk sangat tak menahan.Tipu plak la kan aku ni takde impian kahwin. Ada tu ada. Tapi bila cerita, semua gelak kat aku. Cheh. sangat tak memberi sokongan moral.
Entahle, aku kalau boleh serius nak majlis kahwin paling simple sesimple mungkin. Takyah la nak buat majlis besar-besaran bagai, dok buat habis duet je. Sebabnya aku dah target dari awal, duit hantaran tu aku tak nak buat majlis, tapi aku nak joli pas kawen. Duit hantaran tu lah aku nak buat beli dryer (ok, aku memang tak boleh hidup tak dryer), nak beli tv lcd, pastu aku nak beli X-BOX. kehkeh. Ada lagi duet lebeh nak pergi honeymoon kat Venice, menyusuri sungai sambil naik gondola. Hahahaha..Ok, impian sangat melampau kan.
Kaler Tema? Pink-Turqoise. Hehe. Ni Kaler impian aku dari dulu jah. Cantik sangat combination dua warna ni. Baju sesimple sudah.Baju peplum turqoise aku pun ok. Kihkih. Tapi nak kain chiffon. Tudung pun nak tudung chiffon kaler pink. Kire baju light turqoise, tudung pink. Pesen? Tengok le perkembangan semasa. Kalau time tu tengah hot peplum, buat je peplum. Kalau jubah, kita pakai jubah. Kalau kebaya, kita ikut kebaya. Kalau susah-susah sangat? Baju kurung pun boleh. Tudung pun style pemalas aku selalu pakai. Aku kan suka pesen tudung kembang-kembang. Hehe. Bridesmaid & family? pakai le baju pink tudung turqoise. Kang kaler sama sepesen sedondon orang konpius pulak mana pengantin, mana pengepit. Jimat lagi, satu baju je, dah boleh elak pembaziran. Then, baju tu bleh terus pakai raya, gi dinner, gi keje pun boleh.
Majlis? Nikah kat rumah lepas isyak. Mak aku memang tak berapa gemar nikah kat Masjid, dia kata macam tak berseri. Takpe. Kita layankan je mak aku. Sebab lepas isyak? Senang. Lepas nikah terus tetamu makan. Esoknya terus aku leh gi Venice. Muahahahaa. Takyah pelamin la. Rumah aku banyak je sudut menarik nak bergambar, mana-mana angle pun bulihhhhhhhhhh.
Jamuan Makanan? Bubur lambuk denga air sirap. Pastu, sedekah kat masjid. Sedap apa bubur lambuk. Aku suka. Pastu air sirap letak biji selasih. Aiyoo, sedapnya. Ni mak aku marah gila. HAahah, dia kata ada ke patut bubur lambuk. Dahle tak nak jemput orang datang masjlis. Nanti orang cakap kena tangkap basah pulak. Alololo, orang ni mulut memang takkan diam. Kang buat majlis grand kata membazir, majlis simple katanya express kena tangkap basah. See, kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Ikut mana kita mampu, yang nak kawen tu kita, bukannya dia. Pastu kek homemade pavlova. Mintak maaf, aku memang ketagih kek maka kek wajib ada dimajlis aku. Buat sendiri jelah pavlova tu. Nampak sikit kasih sayangnya. Ahahha.
Pengapit? Dilaaaaa, kau dah kawen pun tetap nak paksa ko gak. Hahah, tapi kalau tgh preggy, Zai ko bersedia. Jijah pun kena ada gak. Nina, Syud, Yana, Kak Jaja. Korang pun senarai wajib!
Hantaran? Hehehe. Tak payah pun x pelah. Tapi kalau nak gak kasi, letak je dalam kotak ready made..Dalam tu ada kunci rumah, kunci kete (nak kasi audi tt pun bulihhhhhhhhhhhhh), supplementary kredit kad cukuplah. Kang kalau tak kad supplement aku joli katak. HAhaha. Gila mata duitan. Tak kasi pun takpe, kasi pas kahwin pun aku terima. Ahahahaha.
Tetamu? Hahaha. Ni lagi kejis. Aku akan inform kat FB yang aku nak nikah. Tapi sorry sesangat aku tak boleh jemput semua, majlis tertutup. Doakanlah kebahagian kami. Mana kawan yang sangat rapat aku jemput lah, plus sedara mara terdekat. Kang bising lagi mak aku. Kalau dok buat event jemput semua kengkawan kat FB pun bukannya datang, silap silap tengok event pun tak. Pas nikah, serius aku pos satu gambar kat FB, cakap inilah husband saya (SILA JANGAN NGORAT). Fefeling ingat kahwen dengan retis orang nak ngorat kan.
Kad kahwin? Aigoo. Ni aku masih terpikir nak buat ke tak. Cam membazir pun ye. Last last orang buang gak. Kang tak kasi kad guane orang nak tengok map datang rumah aku. Dahlah nak sampai ke rumah aku sangat berliku jalannya. Oklah, buat. Tapi cari paling murah, paling simple. Memahal pun percayalah nanti tetap ke tong sampah, Nak lagi kejis, potostat guna a4 paper kat opis. Ni memang sah kena sumpah seranah ngan bos, salah guna kemudahan opis. Banner pun tak payahlah. Over sangat kot muka aku terpampang dimerata-merata. Saya kan pemalu (sila muntah hijau)
Photographer? Hehehe. Tak yah la.Suruh je member-member rapat tangkap gambar guna Note 2 aku. Senang terus donlod masuk stegrem. Gambar pun cantik gak. Member-member pun ada yang guna DSLR, ti korang upload FB, aku curi gambar. Gambar tu nanti ada masa aku edit. Pastu kalau rajin aku print, sebab lagi feeling tengok gambar yang soft copy ni. Lagipun pas kawen banyak je masa nak tangkap gambar ngan Hubby, so xyah la rush. Cukup la sekeping dua buat kenangan nak tunjuk dekat anak, cucu, cicit, piut.
Make Up? Hoho. Make-up sendiri kot.Takpe, aku sanggup je labur duit beli MAC. PAstu, mekap tu aku boleh guna terus. Walaupun aku ni memang fail bakat mekap, err..mana yang ado je la eh. Foundation takyah pakai pun ok. Muka aku ok cantik tulus mulus xde jerawat (puji diri lagi). Kang kalau aku pakai foundation nampak cam wayang pekji. Pastu letak ah compact powder, blusher sikit, eyeliner (wajib ala ala gothic). Eye shadow aku mintak le kawan aku pakaikan sebab aku memang tak reti guna eyeshadow. Lipstick? Err, aci tak guna lipstick yang aku beli kat Mekah yang ikut kaler darah tu. Cantik apa. Lagipun, aku taknak nanti tengok gambar kawen, tak kenal diri sendiri sebab makeup over. Tak ke scary muka berubah sangat.
Inai? Dari kecik aku memang suke pakai inai. Tapi sekarang aku suka pakai kat kuku je. Kan ada inai Rani mekah tu. Express. Sejam pakai pun dah ok. Pastu nak nampak kuku cantik buffer ah kuku pastu. Nampak shining & cantik gile. Cantik gile ni pada pandangan mata aku je. HAhaha.
Goodies Bag? Yang ni meriah. Takpe, letak bebanyak. Mak aku cakap niat sedekah.Jangan risau bukan bubur lambuk. Hehee. Telur pindang wajib, sebab cam x best kalau kawen takde telur.
Honeymoon: Yeah, dah cakap. Nak gi Venice. Sebab fefling romantik gila naik gondola. Plus Itali syurga makanan. Leh makan pizza, spagetti, lasagnia dengan sangaaaaaaaaaaaaat berjaya. Hahaah, sebenarnya jatuh cinta dengan Itali lepas tengok The Mole season 2, dorang buat kat Italy kan. Tu yang gegeh sangat nak gi sana.
Memang member aku kata, lawak sangat impian kahwin aku ni. Pastu dorang cakap, tak percaya lah. Msti aku nak kawen yang grand-grand, kata penutup..Mesti hebat. Tapi, apa salahnya impian kawen aku. Simple. Kan simple tu senang. Takyah susah hati dok pikir tak cukup duet. Tak payah susah-susah nak buat loan bank. Kawen sehari, nak teruskan hidup lepas kawen berhari-hari. Buat apa nak impresskan orang untuk sehari, pastu dok taggung hutang sampai mati.
Yang penting, boleh hidup selesa lepas kawen. Takdelah mewah, cukup la makan pakai, ada kenderaan, ada tempat tinggal, ada duit nak travel bersama lepas kawen. Yang penting cukup duit shopping. Kang aku meroyan lak takleh shopping. Stress jugak nanti kan.
Lagi penting, keberkatan. Cukuplah ada family & sahabat terdekat meriahkan majlis kami. Biarlah simple, tapi kami boleh ingat sampai bebila. Motif kan nak cakap kami, calon pun takde. Kehkehkehkeh
Nanti mesti gak ada tanya, kenapa taknak hantaran Quran? kan lagi bagus. Hehe. Selalu yang buat hantaran Quran tak guna pun. Dok hias cantik last last letak atas gobok. Takpe, pas kawen kami sesama cari Quran, baca sekali. Lagi afdal. Quran untuk baca & amal, bukan untuk perhiasan.
Eh, semua skop dah cover kan? Haha. Mintak maaf, cecite nak jadi wedding planner, sekali kuar jadik chemist forensicas. Hahah.Tu yang over melebih.
Apa lagi eh? Jap jap pikir. Hurm...Takde kot. Kalau ada sambung lagi Kahwin Mahwin Part 2. MihMihMih.
Mihmihmih
ReplyDeleteKemain lagi ko marea. Hahaha.. Ok le tu. Yg bab kad kawen tu aku stuju. Xyh buat mahal2. Bkn org smpan pon. Last2 buang gak. Klu jenis smpan ni mgkn mmber2 rapat. Atas kertas bese pon ok. X nk nmpk mcn miskin sgt kita design le lelawa. Baru unik. Hehe... -nurul
ReplyDelete