Sunday, July 7, 2013

|Gadis Pashmina 012 - Hati|

Entri Kali Ini mengenai soal hati. Ya soal hati yang semakin tidak pasti. Semakin lama entri semakin emo,, cukup memberi petanda bahawa diri sudah semakin tua.

Sudah, marilah kita mulakan siri rantaian puisi menjerat hati ini.
-
-
-
-
-
-
-

7 tahun yang lalu,
Hati gembira teringatkan dia. Oh sumpah, dunia memang terlalu indah.
Apa dikisahkan, masih remaja.
Ya, cinta itu sangat indah, menanti dan terus menanti.
Tidak dikisah apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
Apa yang penting?
Kau dan aku tetap bersama.


Dia,
Tak tipu, hanya berkata benar.
Memang seorang yang sangat indah dalam hidup.
Hadir disaat dan ketika yang sangat tepat.
Seseorang yang boleh digantung harap.
Seseorang yang aku senantiasa selamat bila bersamanya.
Seseorang yang aku boleh menjadi gedik bila bersamanya.
Kerana dengan kehadirannya,
Hidup menjadi ceria, dunia seperti dilimpahi cahaya.
Sangat gembira bersama, sampai hati sendiri tidak tahu digambarkan bersama.

Sedari awal, sudah diketahui sampai mati tidak mungkin akan bersatu,
tetapi tidak boleh disalahkan hati,
Kerana hati tidak meminta utk menyukai seperti itu.
Namun, sihati degil, selalu melawan logik akal.
Sudah diberitahu oleh si akal, JANGAn, tapi masih mahu berdegil.

Hingga pada satu tahap,
sudah terlambat untuk berundur.
Buntu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Kerana hati telah terlanjur cinta, tidak mungkin berpatah balik.


-
-

7 tahun kemudian,
entah, disaat kelmarin kurasa semua harus diakhirkan.
Penat sudah mata menghasiklan titisan mutiara,
Jangan diharap pada yang tak pasti,
Kelak merani hati yang dah mati.

ya,
Di tarikh kelmarin,
ku ikhlaskan hati,
Redakanlah pemergian si dia dari mukimku...
Sila belajar terima hakikat,
Si dia bukan pemilik tulang rusukmu.

Berhenti berharap.
Doakan kebahagiaan sidia.
Doakan juga kebahagian diri sendiri.
Tolonglah, ini adalah rayuanku.
Kasihanilah juga hatiu yg telah tiada itu.

Wahai pemilik asal tulang rusuk,
Sila maafkan aku, kerana alfa mengejar sesuatu yang bukan milkku.
padahal dirimu sudah tersedia menanti depan mata,
Tapi langsung aku tidak ada usaha untuk mengejarmu,
Dan ya, ku turut berjanji,
Mulai hari ini...siapa pun sahaja dirimu..
Munculkanlah dirimu kerana aku sudah bersedia menjadi sebahagian darimu..

untuk sidia yang disayangi bagi tempoh 7 tahun,
Hidup baik- baik..
Selepas ini tiada lagi diriku yang gemar merosakkan emosimu..
Aku tahu kau mampu hidup bahagia,
Dan ternyata...dirimu lebih disinari suria tanpa diriku.

*farewell dan menangis*


No comments:

Post a Comment